Admin : Artikel pertama ini saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dari Dr. Rozieta, banyak artikel beliau mengenai kekeluargaan dan amat bagus untuk kita buat pengajaran. Semoga bermanfaat kepada pengujung.
Artikel dari Prof Dr. Rozieta Shaary
Semalam semasa mengendalikan sebuah Program Kepimpinan untuk sebuah syarikat besar, saya telah menyentuh tentang perihal konsep Win-Win dan Win-Lose yang sering kita dengar.
Sebenarnya, para peserta telah bermain sebuah permainan dahulu, dan semasa bermain permainan itu , maka banyaklah perilaku yang terkeluar tanpa sengaja dan sekatan. Tujuan permainan adalah untuk membawa keluar perangai kita yang sebenar. Dan perbuatan dan perangai ini amat bergantung rapat dengan apakah paradigma kita tentang sesuatu.
Ternyata, ramai yang mahu bermain win-win namun bila sampai kepada satu tahap yang mencabar, maka ramai juga yang bermain win-lose ini.
Bila dikupas permainan dan hasil permainan itu, ramai yang nampak bahawa mereka telah tidak bermain win-win ini dengan sepenuhnya.
Satu, soalan yang telah saya utarakan. Bagaimana, bila kita memahami dan berhajat untuk bermain win-win, namun bila kita ditekan dan mahukan kemenangan, kita ketepikan win-win dan memilih win-lose?
Nah, sebelum itu, kami telah mempertunjukkan movie akan kesan-kesan buruk bila manusia bermain win-lose. Salah satu contohnya ialah Kesan Rumah Hijau. Namun, saya tidak mahu meperbincangkan perkara itu di sini. Apa yang hendak saya jawab ialah persoalan tadi. Siapakah yang telah mengajar kita untuk bermain win- lose ini?
Maka, saya bawa scenerio di dalam sebuah keluarga biasa, dimana seorang anak dibanding-bandingkan kebolehannya dengan adik atau abang kakaknya. Anak-anak yang dibiarkan mengambil buah rambutan daripada pokok jirannya tanpa meminta. Anak-anak yang tidak dihormati buah fikirannya. Ini semua adalah benih win-lose yang ditanam ke dalam minda dan hati anak-anak ini. Dan anak-anak itu tidak selama-lamanya merupakan seorang anak.
Seorang CEO, atau Managing Director atau guru atau seorang doktor, suatu hari dahulu dia pernah merupakan seorang anak kecil. Maka jika semasa dia dibesarkan, apa yang diprogramkan atau kondisikan kepadanya oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya adalah untuk mengamalkan Win-Win, maka dia akan mempunyai corak mindset begitu. Jika di sebaliknya , maka dunia ini dipenuhilah oleh ketua-ketua dan orang-orang dewasa yang mengamalkan corak berfikir Win-Lose. Maka tidak hairanlah dunia ini tidak sejahtera kan?
Bila saya berkata demikian, saya lihat ramai peserta-peserta kursus itu yang agak terkedu. Yalah, ramai diantara kita tidak dapat membayangkan betapa pentingnya apa yang kita masukkan ke dalam minda anak-anak kecil di sekeliling kita hari ini.
Apa yang kita juga perlu sedar ialah anak-anak kecil ini bukan hanya mengikut apa yang kita kata, tapi lebih kepada apa yang dia lihat kita lakukan. Itulah banyak benarnya, kata-kata hikmat yang mengatakan " Ia memerlukan sebuah komuniti untuk mendidik seorang anak."
No comments:
Post a Comment