Friday, 21 December 2012

Cara daftar dan senaraikan url/web/blog kita di google


Assalamualaikum.

Post ini untuk menceritakan bagaimana untuk senaraikan URL web/blog kita dalam senarai carian di google. Ini penting bagi pengguna internet dapat mencari web/blog kita, jika tidak disenaraikan kat google, macam mana orang nak jumpa. Mengikut apa yang aku baca, kalau kita taip URL blog kat google search tu pun, still tak jumpa kalau belum tersenarai.

Tip ni untuk newbie dalam arena berbloging macam aku ni. Aku tau ni pun selepas isteri ingatkan, dia dah lama ada blog, aku jer baru nak berjinak-jinak...hehe. So selepas diingatkan tu, aku terus search kat internet, aku jumpa la caranye seperti dibawah.

1. Klik link ni : https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url

2. Nanti dia akan minta email dan password, login la id google korang.

3. Akan keluar kotak untuk URL, so korang letaklah url blog/web korang ye.

4. Masukkan captcha seperti yang tertera di situ, tengok betul-betul huruf tu.

5. Tekan button "submit request" dan selesailah stepnye. Akan keluar alert macam pic di bawah ni. Klik untuk besarkan gambar.


add url at google











Sekian, semoga bermanfaat. Terima kasih.

cara senaraikan blog, daftar blog google crawler search engine result google spider 

Ebook Percuma - Google SEO Secrets !!

Assalamualaikum.

Entry kali ini saya nak kongsikan ebook Google Secrets : How to get top ranking using SEO Method. Ebook ini dalam bahasa english, bleh translate kepada BM kalau susah nak faham. Tapi bahaya juga kalau alihbahasa (translate) ni, takut lari makna asal je..hehe..Dalam ebook ini, terdapat banyak tip dan cara untuk menaikkan ranking blog/web kita dalam senarai carian pengguna di search engine ( dalam ebook ni guna google ). Memang berbaloi ilmu dalam ebook ni. Antara topik yang dibincangkan dalam ebook ini adalah :

* Kepentingan google sebagai search engine

* Bagaimana google bekerja

* Tip menggunakan keyword yang betul

* Tip untuk code dalam html

*  Fungsi "Tag"

* Penggunaan nama domain yang efisyen

* dan banyak lagi

Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung. Boleh download melalui link di bawah :

>> Ebook - Google SEO secrets <<

p/s: tinggalkan comment anda, klik la iklan nuffnang ads tu sebagai tanda terima kasih/donation dan sokongan. -_-


download ebook percuma ebook free ebook google seo secrets ebook free ebook percuma free ebook download percuma

Thursday, 20 December 2012

PETUA - Petua Mengurangkan Lemak di Badan.

Assalamualaikum.

Admin: Adakah anda mempunyai masalah lemak berlebihan? Ingin mengurangkan lemak yang berlapis-lapis? Di sini saya letakkan beberapa petua dan cara untuk mengurangkan lemak. Semoga dapat dimanfaatkan.


a) Sebiji peria dikisar bersama secubit garam dan air. Tapis air dan simpan di dalam peti sejuk. Minum air ini setiap pagi disertai selawat.

b) Tiga potong halia ditumbuk dengan sedikit jintan manis, jintan putih bersama beberapa biji lada hitam. Masukkan kedalam 1/2 gelas air suam dan tapis serta ditambah 1/2 gelas lagi. (Buat 2 kali sehari)

c) Perahan air asam jawa dicampur sedikit madu bertujuan menghancurkan lemak/ membersihkan kotoran dalam badan juga melawaskan sistem perkumuhan
.
d) Amalkan minum Chinese tea dicampur perahan limau nipis.

e) Halia bara, jintan manis, lada hitam dan air suam dikisar. Tapis kemudian minum airnya.(Amalkan 2 kali seminggu)

Selamat mencuba!




Ini pula jadual untuk membakar kalori untuk menurunkan berat badan mengikut Kg :




TIP Kekeluargaan - Di mana bermulanya Corak Berfikir Win-Lose ??


Admin : Artikel pertama ini saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dari Dr. Rozieta, banyak artikel beliau mengenai kekeluargaan dan amat bagus untuk kita buat pengajaran. Semoga bermanfaat kepada pengujung.


Tajuk : Di mana bermulanya Corak Berfikir Win-Lose!
Artikel dari Prof Dr. Rozieta Shaary


Semalam semasa mengendalikan sebuah Program Kepimpinan untuk sebuah syarikat besar, saya telah menyentuh tentang perihal konsep Win-Win dan Win-Lose yang sering kita dengar.

Sebenarnya, para peserta telah bermain sebuah permainan dahulu, dan semasa bermain permainan itu , maka banyaklah perilaku yang terkeluar tanpa sengaja dan sekatan. Tujuan permainan adalah untuk membawa keluar perangai kita yang sebenar. Dan perbuatan dan perangai ini amat bergantung rapat dengan apakah paradigma kita tentang sesuatu.

Ternyata, ramai yang mahu bermain win-win namun bila sampai kepada satu tahap yang mencabar, maka ramai juga yang bermain win-lose ini.

Bila dikupas permainan dan hasil permainan itu, ramai yang nampak bahawa mereka telah tidak bermain win-win ini dengan sepenuhnya.

Satu, soalan yang telah saya utarakan. Bagaimana, bila kita memahami dan berhajat untuk bermain win-win, namun bila kita ditekan dan mahukan kemenangan, kita ketepikan win-win dan memilih win-lose?

Nah, sebelum itu, kami telah mempertunjukkan movie akan kesan-kesan buruk bila manusia bermain win-lose. Salah satu contohnya ialah Kesan Rumah Hijau. Namun, saya tidak mahu meperbincangkan perkara itu di sini. Apa yang hendak saya jawab ialah persoalan tadi. Siapakah yang telah mengajar kita untuk bermain win- lose ini?

Maka, saya bawa scenerio di dalam sebuah keluarga biasa, dimana seorang anak dibanding-bandingkan kebolehannya dengan adik atau abang kakaknya. Anak-anak yang dibiarkan mengambil buah rambutan daripada pokok jirannya tanpa meminta. Anak-anak yang tidak dihormati buah fikirannya. Ini semua adalah benih win-lose yang ditanam ke dalam minda dan hati anak-anak ini. Dan anak-anak itu tidak selama-lamanya merupakan seorang anak.

Seorang CEO, atau Managing Director atau guru atau seorang doktor, suatu hari dahulu dia pernah merupakan seorang anak kecil. Maka jika semasa dia dibesarkan, apa yang diprogramkan atau kondisikan kepadanya oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya adalah untuk mengamalkan Win-Win, maka dia akan mempunyai corak mindset begitu.  Jika di sebaliknya , maka dunia ini dipenuhilah oleh ketua-ketua dan orang-orang dewasa yang mengamalkan corak berfikir Win-Lose. Maka tidak hairanlah dunia ini tidak sejahtera kan?

Bila saya berkata demikian, saya lihat ramai peserta-peserta kursus itu yang agak terkedu. Yalah, ramai diantara kita tidak dapat membayangkan betapa pentingnya apa yang kita masukkan ke dalam minda anak-anak kecil di sekeliling kita hari ini.

Apa yang kita juga perlu sedar ialah anak-anak kecil ini bukan hanya mengikut apa yang kita kata, tapi lebih kepada apa yang dia lihat kita lakukan. Itulah banyak benarnya, kata-kata hikmat yang mengatakan " Ia memerlukan sebuah komuniti untuk mendidik seorang anak."

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Saya sebagai admin ingin memuatkan apa juga tip-tip atau petua yang berguna dalam kehidupan harian di dalam blog ini.

Sumber-sumber artikel adalah pelbagai, dari blog, news paper, video, ebook, ilham dan apa juga yang boleh dimanfaatkan dan dikongsi bersama pengunjung blog. Jika ada yang ingin menyumbang idea atau artikel, amat dialu-alukan.

Sekian,
Admin.